25 December 2015

T Shirt Sepak Takraw 2015

Berikut merupakan produk terbaru keluaran Bola Rotan Media & Publication. Jika berminat untuk membeli sila hubungi : 019-5255791 ( Khairul Faiezin )

Servis Biar Lepas

22 December 2015

Siri Jelajah Gelanggang - Kampung Bentan Pekan Pahang



21 Disember 2015 telah membawa saya ke salah satu gelanggang berpengaruh di Pekan iaitu gelanggang Kampung Bentan. Dalam Siri Jelajah Gelanggang kali ini, ahli MBR yang juga guru Sejarah MRSM Pekan iaitu Cikgu Zul telah menjemput saya dari Hotel Bajet Pekan untuk langsung ke gelanggang ini pada petang pertama saya di Pekan. Kali terakhir saya ke Pekan adalah ketika menghantar bantuan banjir 2 tahun lalu.

Dengan 2 buah gelanggang yang baik keadaanya serta berpagar, gelanggang Kampung Bentan ini memiliki jumlah pemain yang ramai. Setiap hari dengan 6 ke 7 regu beraksi pastinya memberi kepuasan buat mereka. 

Pemain di sini pula terdiri dari kelompok usia yang pelbagai dari muda ke veteran. Sebagai salah satu gelanggang yang agak keras di Pekan, tahap permainan mereka sememangnya agak baik dan buat anda yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan, gelanggang ini memang sesuai.

Saksikan rakaman SJG kali ini. 


Liga Sepak Takraw Ampang Campuran 2015 ( Sirkit Akhir )



Pada 13 Disember 2015 yang lalu telah berlangsung Liga Sepak Takraw Ampang Campuran 2015 di Gelanggang Sepak Takraw Ampang Campuran, Ampang. Seramai 30 orang pemain telah menyertai kejohanan ini. Krew MBR berbesar hati menerima jemputan dari pihak urusetia kejohanan untuk turut serta dalam kejohanan kali ini. 

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan semasa kejohanan berlangsung diantaranya adalah sesi karaoke dan makan tengahari secara berjemaah. Menu kali ini adalah nasi ambeng yang dihidangkan di dalam dulang.