21 Disember 2015 telah membawa saya ke salah satu gelanggang berpengaruh
di Pekan iaitu gelanggang Kampung Bentan. Dalam Siri Jelajah Gelanggang
kali ini, ahli MBR yang juga guru Sejarah MRSM Pekan iaitu Cikgu Zul
telah menjemput saya dari Hotel Bajet Pekan untuk langsung ke gelanggang
ini pada petang pertama saya di Pekan. Kali terakhir saya ke Pekan adalah ketika menghantar bantuan banjir 2 tahun lalu.
Dengan 2 buah gelanggang yang baik keadaanya serta berpagar, gelanggang Kampung Bentan ini memiliki jumlah pemain yang ramai. Setiap hari dengan 6 ke 7 regu beraksi pastinya memberi kepuasan buat mereka.
Pemain di sini pula terdiri dari kelompok usia yang pelbagai dari muda ke veteran. Sebagai salah satu gelanggang yang agak keras di Pekan, tahap permainan mereka sememangnya agak baik dan buat anda yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan, gelanggang ini memang sesuai.
Saksikan rakaman SJG kali ini.
No comments:
Post a Comment