20 January 2016

Kejohanan Sepaktakraw 7 x 6 MBR 2016

Telah berlangsung minggu lalu di Dewan Sungai Sekamat Kejohanan Sepaktakraw 7 X 6 MBR 2016 dengan format 30 mata. 7 regu beraksi dengan yuran penyertaan RM6 sahaja. Manakala hadiah pula bermula dari tempat ke 6 hingga juara yang meraih RM120.

Bekas apit kiri negara iaitu Zulkarnain Arif turut membuat kemunculan semula bersama regu Korea B yang tewas pada perlawan akhir kepada regu Wan Qu Puteh.

Saksikan rakaman kejohanan sulung ini.


07 January 2016

Rangkuman statistik berkaitan video di Bolarotan.com sepanjang 2015

Berikut ialah rumusan yang ingin kami kongsikan kepada anda semua mengenai video yang dimuat naik oleh Bolarotan.com

Terimakasih atas sokongan, komen, teguran dan tak kurang juga kejian buat kami.
Semoga sepaktakraw terus subur di dunia ini.