29 February 2016

Piala Emas Khir Johari Ke 52 2016 : Pulau Pinang vs Selangor (Akhir)

Berikut merupakan rakaman video perlawanan akhir yang menemukan pasukan Pulau Pinang menentang Selangor.


Sumber video : Youtube

26 February 2016

Simulasi Kejohanan Redbull Libas 2016

Telah berlangsung semalam simulasi kejohanan yang dijangka berlangsung pada Ogos ini iaitu Redbull Libas 2016. Redbull yang komited terhadapp pembangunan sukan kini memasuki tahun kedua dalam penglibatan mereka dengan sukan sepaktakraw. Bolarotan berasa amat bertuah dapat berkolaborasi dengan jenama unggul dunia ini.




Format permainan tahun lalu tidak dikekalkan iaitu Servis Ace Kuda = 3 mata, Sebaliknya satu lagi format segar akan dibawa di mana sebelum ini MBR telah pun mengujinya di ADTP Shah Alam tahun lalu. Sistem masa dengan 5 minit satu set tanpa ada tie break bakal menguji pemain tahun ini. Cuma penambahbaikan dibuat dari segi kedudukan servis, pusingan pemain dan juga mata tidak menggunakan kaedah ping-pong seperti sekarang, sebaliknya kembali ke zaman silam di mana mata hanya diperolehi jika servis dilakukan oleh anda sendiri. 

Setakat percubaan semalam, rata - rata pemain yang terlibat memberikan reaksi positif dan turut memberikan idea - idea untuk diolah dan diuji. 7 regu dengan pelbagai latar beraksi semalam. Di undi sebagaimana biasa menyaksikan regu pilihan tumpas di aksi final. Pemenang semalam iaitu regu Munir, Abang Mie dan Abang Khairul membawa pulang t-shirt eksklusif RedBull dan juga keropok lekor segar tajaan Khepok Mohseng.

Saksikan rakaman ini.


02 February 2016

Ulasan Produk - Bola Rambo (Marathon)

Ramai dikalangan peminat sepaktakraw yang mengimpikan bola yang lebih murah pastinya. Ini adalah kerana kitaran ketahanan bola sepaktakraw akan sangat bergantung kepada kekerapan bola itu dimainkan. Semakin keras gelanggang itu, semakin cepat bola rosak kerana libasan - libasan padu saban hari akan segera melonggarkan bola.


Marathon mengeluarkan satu produk murah iaitu Marathon Rambo. Bola satu warna ini dijual hanya dengan harga RM13 ini nyatanya bukan bola tahap pertandingan kompetetif. Tetapi ia sesuai untuk pelbagai tujuan lain.

Saksikan rakaman ujian ini. Insya Allah, Bolarotan akan mulal menjual produk ini sedikit masa lagi


Kajang Open 2016 - Bergasak di AgroBank

"Bos..Bolarotan ada hantar dua regu tau!"
Terkejut saya bila dimaklumkan oleh Man Lori bila ada dua regu berdaftar untuk bergasak di Kajang Open AgroBank Bangi. Tertanya - tanya juga siapa yang main. Saya tak marah pun mereka menggunakan nama Bolarotan, cuma tertanya - tanya siapakah mereka.

Takdirnya pula Boy Fish mengajak saya bergasak sama pada kejohanan ini. Saya yang sepatutnya memberi ceramah di Sungai Buloh pada tarikh itu tetapi program ditangguhkan pula. Maka saya pun membuat keputusan untuk turut bergasak. Hasilnya, kami tumpas dipusingan ketiga kepada regu Brader Mayat.

Saksikan rangkuman kejohanan ini..