26 February 2016

Simulasi Kejohanan Redbull Libas 2016

Telah berlangsung semalam simulasi kejohanan yang dijangka berlangsung pada Ogos ini iaitu Redbull Libas 2016. Redbull yang komited terhadapp pembangunan sukan kini memasuki tahun kedua dalam penglibatan mereka dengan sukan sepaktakraw. Bolarotan berasa amat bertuah dapat berkolaborasi dengan jenama unggul dunia ini.




Format permainan tahun lalu tidak dikekalkan iaitu Servis Ace Kuda = 3 mata, Sebaliknya satu lagi format segar akan dibawa di mana sebelum ini MBR telah pun mengujinya di ADTP Shah Alam tahun lalu. Sistem masa dengan 5 minit satu set tanpa ada tie break bakal menguji pemain tahun ini. Cuma penambahbaikan dibuat dari segi kedudukan servis, pusingan pemain dan juga mata tidak menggunakan kaedah ping-pong seperti sekarang, sebaliknya kembali ke zaman silam di mana mata hanya diperolehi jika servis dilakukan oleh anda sendiri. 

Setakat percubaan semalam, rata - rata pemain yang terlibat memberikan reaksi positif dan turut memberikan idea - idea untuk diolah dan diuji. 7 regu dengan pelbagai latar beraksi semalam. Di undi sebagaimana biasa menyaksikan regu pilihan tumpas di aksi final. Pemenang semalam iaitu regu Munir, Abang Mie dan Abang Khairul membawa pulang t-shirt eksklusif RedBull dan juga keropok lekor segar tajaan Khepok Mohseng.

Saksikan rakaman ini.


No comments:

Post a Comment