20 March 2016

Siri Jelajah Gelanggang - Balai polis Kuala Kedah

Sepakraga Tuju sangat mempengaruhi iklim sepaktakraw di kawasan utara semenanjung Malaysia! Buktinya, semakin sukar mencari gelanggang sepaktakraw yang aktif di Kedah dan Perlis. Selain Kulim, kawasan lain di Kedah agak suram perkembangan sepaktakrawnya.

Di Alor Setar, selain gelanggang TNB, Balai Polis Kuala Kedah adalah antara gelanggang yang masih aktif. Keadaan ini turut dibantu oleh Faizal Adnan iaitu anak kepada Raja Sepaktakraw Adnan Saidin  yang mana belaiu aktif bergerak dari satu gelanggang ke gelanggang lain saban hari bagi memastikan gelanggang tak mati dan terkubur.


Gelanggang Balai Polis Kuala Kedah ini terletak sangat berhampiran dengan jeti Kuala Kedah. Oleh kerana sangat dekat dengan laut ini, maka saya sendiri mengalami situasi sukar mengagak pergerakan bola kerana angin kuat (mungkin bukan setiap hari).

Pemain paling muda digelanggang ini pun berusia sekitar 30an. Ramai yang sudah mencecah status veteran. Turut beraksi di sini ialah tekong veteran Mat Nor yang dulunya sangat aktif di Lembah Klang. Saya turut berpeluang menyaksikan sendiri aksi 'come-back' bekas apit kanan Kedah iaitu Anuar atau lebih dikenali sebagai Anuwat. Malah, aksi slo-mo libas gulung beliau yang dimuat naik ke 'page' rasmi Bolarotan turut ,memecahkan rekod tontonan!


Saksikan rakaman SJG Balai Polis Kuala Kedah yang sempat kami sediakan untuk anda semua.


18 March 2016

Indahnya Riadhah Mengikut Syariat



MSSM 2016 Perlawanan Akhir Antara Regu Bawah 12 dan 18 Tahun



Foto oleh Mohd Asri Ismail
Foto oleh Mohd Asri Ismail
Berikut merupakan rakaman perlawanan akhir antara regu bawah 12 dan 18 tahun MSSM 2016. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Bawah 12 ( Sabah vs Pahang )



Bawah 18 ( Perak vs N.Sembilan )

17 March 2016

MSSM 2016 Antara Regu Bawah 15 dan 18 Tahun (Selangor vs Melaka)


 
Berikut merupakan rakaman perlawanan di antara regu Selangor menentang Melaka bagi kategori antara regu bawah 15 dan 18 tahun.