28 April 2016

Siri Jelajah Gelanggang - Arena Sepaktakraw Majlis Perbandaran Taiping

Akhirnya, setelah lama tertangguh, berjaya juga saya melaksanakan SJG ke salah satu gelanggang yang berpengaruh di utara tanah air iaitu Arena Sepaktakraw Majlis Perbandaran Taiping.  Lokasi yang sangat mudah diakses iaitu bersebelahan dengan padang yang luas di tengah bandar Taiping, gelanggang berbumbung dengan persekitaran menarik ini amat mengujakan. 


Lantai yang menggunakan material yang bagus membuatkan ia tidak licin meski tapak kasut anda kehausan. Malah, lampu limpah yang bersesuaian juga mampu mengelakkan silau jika perlu bergasak di waktu malam.

Di kendalikan oleh salah seorang lagenda tekong Perak iaitu Harry Baba Alya (nama FB), pemain - pemain MPT sememangnya bertuah kerana jurulatih mereka ini sememangnya hebat dan berkebolehan. 

Sebelum ini saya hanya mendengar cerita kemampuan beliau, namun pada petang itu saya menyaksikan sendiri servis beliau yang berbisa malah beliau turut hebat berasksi sebagai apit kanan.

Turut berlatih di gelanggang ini ialah bekas apit kanan Perak iaitu En. Azizul. Masih lagi mampu melakukan libasan deras dan lompatannya masih tidak berkurangan meski sudah dimakan usia.

Selain itu, 1 regu wanita turut bersama aktif digelanggang ini iaitu regu wanita kakitangan MPT. mereka bertuah kerana memiliki rakan sparring yang hebat seperti Shahidann Masri yang setidaknya mampu mempertingkatkan kemampuan permainan mereka dengan lebih cepat.

Saksikan sedikit rakaman SJG kali ini.


20 April 2016

Kejohanan Sepaktakraw Terbuka Negeri Perak

Akademi Sepak Takraw Batu Kurau (ASTAB) terus melangkah maju! Kali ini ASTAB tampil dengan kejohanan yang lebih meriah dan melibatkan kerjasama dengan lebih banyak pihak. 

Atas sokongan berterusan YB Dato' Dr. Hj. Muhammad Amin selaku Exco kerajaan negeri Perak dan juga ADUN Batu Kurau, kejohanan ini bakal diadakan dengan 2 kategori iaitu Lelaki Terbuka dan Wanita bawah usia 21 tahun.

Kali ini juga mereka menerima sokongan dari kerajaan negeri Perak sendiri dan juga peralatan sepaktakraw tempatan iaitu Gajah Emas.

Saya pernah menyertai kejohanan ini tahun lalu dan saya pasti tahun ini akan berjalan lebih rancak dengan perkhabaran 6 gelanggang akan dibuka serentak!

Hubungi segera nombor tertera untuk maklumat lanjut kejohanan