23 May 2016

Kejohanan Sepaktakraw Perak Open 2016 (Bahagian 1)

Selepas kejayaan penganjuran pada 2015, Akademi Sepaktakraw Batu Kurau mengorak langkah lebih hebat dengan menganjurkan Perak Open 2016 pada 21 - 22 Mei 2016 yang lalu, Tahun lalu, regu yang hadir lebih kepada mereka yang berada sekitar utara namun kali ini, regu dari Sabah dan Terengganu turut memeriahkan kejohanan. Anda boleh baca mengenai kejohanan tahun lalu di sini.


Tanpa orang kuat Batu Kurau iaitu Ustaz Bunyamin Al - Damsyik, kejohanan tetap dilihat berjalan hebat dengan kali ini pasukan yang hadir diraikan dengan majlis yang lebih teratur, dari proses pendaftaran, makan minum sehingga ada persembahan pentas dari Batu Kurau Buskers! 



Kejohanan ini juga sewajarnya membuka mata Persatuan Sepaktakraw Negeri Perak kerana kesungguhan ASTAB sebelum ini sering dipandang sepi. Malah, terbukti ASTAB tanpa bantuan sebelum ini mampu melahirkan pemain berbakat serta memiliki kemudahan latihan antara yang terbaik di negara ini.
Kesungguhan Dato Dr. Hj. Muhammad Amin selaku Adun Batu Kurau juga amatlah dipuji kerana perkembangan di ASTAB amatlah hebat. Lantainya kini ditutupi jubin dan gelanggang siap berjaring keliling serta cat baru yang lebih menyerlah!
 Saksikan dulu rakaman ini dan nantikan tulisan seterusnya di entri akan datang..


No comments:

Post a Comment