24 May 2016

Kejohanan Sepaktakraw Perak Open 2016 (Bahagian 2)

Sepatutnya Bolarotan hadir pada hari pertama untuk membuat liputan, namun disebabkan urusan di Pulau Pinang pada 21 Mei maka hanya pada hari kedua kami tiba di sini. Suasana meriah jelas terasa kerana orang ramai memenuhi sekitar gelanggang dan sorakan membuatkan pemain juga menerima tempiasnya.

Suku akhir lelaki menunjukkan regu dari TLDM terpaksa akur dengan kemampuan pihak lawan. ISTC, Hanelang, SUK Perak dan MPT layak ke separuh akhir manakala regu wanita pula, Hanelang menerima nasib yang sama seperti TLDM.

Separuh akhir antara Hanelang vs ISTC berlanjutan hingga ke tie-break menyebabkan jadual perlawanan terpaksa dianjakkan. Perlawanan akhir yang dijangka pada 11.30 pagi terpaksa dilangsungkan pada 1.30 petang. Regu SUK Perak pula mudah menjinakkan MPT dengan 2-0 apabila Meor menunjukkan kemampuannya melalui servis ampuhnya.

Manakala perlawanan akhir berlangsung seperti yang dibayangkan iaitu pertempuran antara dua tekong muda ini. Namun nasib menyebelahi SUK Perak apabila regu ISTC dilihat masih keletihan selepas berhempas pulas menentang Hanelang.

Tahniah kepada semua yang terlibat dan saksikan foto dan video yang sempat kami titipkan buat anda!

Regu finalis - ISTC

Hanelang - dikendalikan oleh Futra dan Vittaya


Hisyam Nazri kini lebih mengancam sejak dilatih oleh Ahmad Ezzat Zaki

Irsyad Faiz semakin meningkat naik permainannya

Sahibol masih mengekalkan statusnya sebagai apit kiri bakat baru yang perlu disegani

Apit kanan MPT - Azizul Sairi berentap di udara dengan apit kanan SUK Perak - Fadhil




Regu finalis bergambar bersama VVIP

Santai VVIP duduk di tepi gelanggang menyaksikan perlawanan akhir

Regu juara SUK Perak bergambar dengan krew kejohanan







Regu naib juara kategori wanita dari Kuala Lumpur

Regu juara kategori wanita dari Sabah










Juara kategori terbuka - SUK Perak
Meor / Rizal / Fadhil


No comments:

Post a Comment