16 May 2016

Siri Jelajah Gelanggang - Kampung Bekoh Johor

Berkesempatan ke Kampung Bekoh Johor atas pelawaan Amirul Azhar atau Chukang, iaitu apit kanan Kuala Lumpur / PDRM yang mana kini beliau tidak lagi menetap di Lembah Kelang. Pelawaan beliau segera saya lunaskan kerana berdekatan dengan lokasi program saya ketika itu.

Sampai di sana, kelihatan tidak kurang dari 10 orang anak muda yang beraksi meskipun kawasan gelanggang yang amat sempit. Melihat dari kebolehan mereka, saya sangat yakin setidaknya ada 2-3 orang yang boleh dibimbimg untuk ke peringkat lebih tinggi lagi selepas ini. Setidaknya, Pusat Latihan Negeri Johor yang terletak di Tangkak sudah perlu menjenguk mereka. Atau, kelab dan pasukan dari Melaka juga sudah boleh mengintai bakat  - bakat muda ini.

Saksikan rakaman yang sempat kami lakukan dan nilaikan sendiri.




No comments:

Post a Comment