24 August 2016

Promo RedBull Libas 2016 - Majlis Bandaraya Shah Alam

23 Ogos 2016
Dewan Kiambang di Seksyen 7 Shah Alam merupakan lokasi seterusnya untuk kami menjalankan promosi RedBull Libas 2016. Dewan ini memiliki 2 gelanggang yang sesuai untuk penganjuran kejohanan. Peserta sesi promo kali ini ialah kakitangan MBSA.


4 regu berjaya dibentuk dan promosi ini bermula apda jam 6 petang sehingga 8 malam. MBSA sendiri dijangka akan mendaftar beberapa regu untuk RedBull Libas 2016 ini. 

Tempat kedua

Regu Juara

Terimakasih ahli MBR iaitu Mohd Azizuddin yang sudi mengaturkan sesi promosi ini. Saksikan rangkuman aktiviti dalam format video di bawah


22 August 2016

Siri Jelajah Gelanggang Promo RedBull Libas 2016 - SMK Dato Hamzah Pandamaran

19 Ogos 2016
 
Untuk Siri Jelajah Gelanggang bagi tujuan promosi RedBull Libas 2016, kami turut berkesempatan ke SMK Dato Hamzah di Pandamaran Klang. Berpeluang meluang masa bersama adik - adik seramai 20 orang, sesi interaktif dan simulasi telah berlangsung dengan baik. 

Banyak juga bakat - bakat baru yang ada di sekolah ini dari Tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Cuma sayangnya masa tidak begitu panjang dan rakaman video tidak dapat dibuat banyak kerana masalah teknikal.

Terimakasin kepada guru kaunseling sekolah ini iaitu En. Fauzi yang sudi menerima kedatangan kami.


Siri Jelajah Gelanggang - Promo RedBull Libas 2016 - Kampung Johan Setia

Sudah banyak kali Bolarotan dijemput ke gelanggang Kampung Johan Setia, tapi rezeki membawa saya semalam ke sana bersama RedBull. Syahmir tiba lebih awal untuk mengendalikan mereka bersama Chief (nama truck RedBull) yang dibawa oleh Shahrul. Peserta kali ini terdiri lebih separuh dari mereka yang berusia bawah 25 tahun. Gelanggang yang dilatih oleh En. Roslee ini sememangnya memiliki ramai pemain muda berbakat.








Terletak tidak jauh dari simpang keluar Jalan Kebun dari KESAS, gelanggang ini beroperasi setiap hari seawal 5 petang. 2 gelanggang dengan kedudukan di tepi balai raya membuatkan ia selesa dan mudah menerima orang ramai dalam jumlah besar.

Lokasi ini turut menjadi salah satu Pusat Latihan Daerah dan Pusat Latihan Negeri di Selangor yang turut mempunyai kerjasama dengan MBPJ. Suasana meriah dapat dirasai dan kami turut disambut dengan meehon goreng, rambutan, bubur kacang dan air mata kucing!

Saksikan rakaman yang sempat kami sediakan dan kepad aanda yang masih belum faham format permainan RedBull Libas, sila tonton sampai habis.


19 August 2016

Siri Jelajah Gelanggang RedBull Libas 2016 - Kampung Seri Cheeding

Saya sesat sehingga 8km ke dalam ladang kelapa sawit di waktu maghrib! Itu antara cabaran yang saya hadapi sebelum tiba di lokasi SJG Redbull Libas 2016 kali ini iaitu di Dewan Kampung Seri Cheeding Banting ini. 

Lokasi yang masih lagi baru untuk Budi Sepaktakraw Club yang mana antara peneraju di gelanggang ini ialah tekong kidal prolifik iaitu Farid Abdul Aziz atau Dal yang kini berkhdimat bersama KWSP dan apit kanan ternama UITM iaitu Najib.

Lebih 3/4 dari mereka yang beraksi di sini ialah pemain muda yang berusia 21 ke bawah. Ini adalah satu langkah dalam memastikan bekalan pemain kepada negeri Selangor khususnya tidak terputus.



Saksikan rakaman yang telah dibuat pada malam itu.

 

Siri Jelajah Gelanggang - Alah Batu

Sewaktu saya mengendalikan kursus di Akademi ESPEK RISDA di Ulu Selim, sempat saya di bawa oleh Syahmir ke gelanggang yang biasa beliau beraksi sewaktu melanjutkan pengajian di UPSI iaitu di Kampung Alah Batu.



Saksikan rangkumannya




Siri Jelajah Gelanggang - Kampung Sijangkang Batu 8

Dalam melaksanakan promosi RedBull Libas 2016, saya sempat ke Kampung Sijangkang Batu 8 untuk Siri Jelajah Gelanggang (SJG). Atas pelawaan apit kiri saya ketika menentang USA di MPSJ Open 2016 yang lalu iaitu Omar Imran, saya bertandang ke gelanggang yang agak 'keras' ini.

Salah seorang yang beraksi di sini ialah Salehudin Ismail atau Cikgu Budin, apit kiri yang tidak perlu diperkenalkan lagi di negara ini. Meski bukan pemain negara tetapi, atas pemerhatian saya beliau antara apit kiri yang prolifik sama ada dalam pertandingan bakat baru atau satu 'state".


Melalui jalan besar dari laluan keluar tol Telok Panglima Garang, simpang ke kanan yang membawa ke kawasan perindustrian Sijangkang, laluan masuk ke kawasan kampung ini agak kecil jika anda menggunakan Waze. Tetapi ia dilegakan dengan pemandangan cantik kampung tersusun ini dan kebetulan musim rambutan masih belum habis. Dapat juga saya merasai rambutan yang manis meski kulitnya masih hijau.

Gelanggang yang beroperasi petang dan malam ini turut digunakan sebagai gelanggang latihan pemain muda yang dikepalai oleh tekong SUKMA Selangor iaitu Fitri. Gabungan pemain muda dan senior di sini dilihat membantu mempercepatkan proses kematangan pemain.

Saksikan rakaman video yang sempat saya siapkan.


18 August 2016

RedBull Libas 2016 - Promo Flat Sri Melaka


Bermulalah tugasan melakukan promosi RedBull Libas 2016 kami bagi menyebar luas kaedah permainan mengikut format Libas 2016.

Lokasi pertama kami ialah ke Flatt Sri Melaka Kuala Lumpur. Sebanyak 6 regu berjaya dikumpulkan dan perlawanan berlangsung sengit. Pemain sangat teruja dan ini diterjemahkan dengan peluh mereka yang berjurai - jurai!


Regu naib juara

Regu juara

Angguk - Pemain terbaik malam itu

Syawal selaku ahli MBR yang bertanggungjawab mengatur acara ini

Terimakasih kepada sahabat MBR di Flat Sri Melaka dan semoga jalinan yang ada akan terus diperkukuh! Jangan lupa daftar segera ya! Saksikan rakaman video ini.


Sepaktakraw Negeri Perak kini terbela!

Meski saya bukan anak kelahiran Perak, tetapi saya sangat bersyukur pada Allah melihat perkembangan ini. Negeri Perak yang memiliki ramai pemain hebat, beberapa tahun kebelakangan nampak suram kerana persatuan negeri yang hilang punca dan tidak berkesan telah mengakibatkan pemain dari Perak memilih untuk mewakili pasukan lain seperti Pitrajaya, ATM, Kedah dan Pualu Pinang.

Tahun lalu, ketika Bolarotan ke ASTAB dan berpeluang berjumpa dengan YB ADUN, saya melihat Perak bakal keluar dari terowong gelap. Dan hari ini Alhamdulillah, ia jadi kenyataan! Baca kisah ASTAB di link di bawah:

http://www.bolarotan.com/2015/06/akademi-sepaktakraw-batu-kurau-astab.html

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak akhirnya tampil menyelematkan keadaan. Pemain -pemain Perak yang berada di luar negeri di panggil berkhidmat di SUK Perak dan sekaligus, membina regu yang kuat untuk membawa nama Perak. 
 
Paling menggembirakan saya apabila En.Ismi, iaitu individu yang membangunkan ASTAB di angkat sebagai jurulatih mereka dan pada pandangan saya, beliau adalah insan paling layak diangkat ke jawatan itu!

Semalam, berlangsung majlis menandatangai kontrak pemain yang bakal mewakili Perak ke STL! Alangkah manisnya! Inilah cara yang sepatutnya dibuat oleh pasukan negeri dalam menguruskan pemain sepaktakraw. Pemain akan tahu apa haknya dan apa yang perlu diberikan kepada pasukan.

Sesungguhnya say mendoakan langkah baik ini ditiru oleh negeri lain. Selangor umpamanya perlu bangun semula sebagai sebuah pasukan yang disegani. 

Jika SUK Perak boleh lebih ke depan dalam hal ini berbanding Persatuan Sepaktakraw negeri, saya percaya Pejabat SUK negeri lain juga boleh mengikuti jejak sama.

Berikut ialah beberapa gambar yang dikongsikan oleh salah seorang tenaga penting mereka iaitu Ustaz Bunyamin Airil Al Damsyik.

Selamat maju jaya Perak!


 

13 August 2016

MPSJ Open 2016

MPSJ Open 2016 kembali lagi!
Kali ini lebih meriah dengan hampir 70 regu menyertainya. Regu - regu dari Terengganu hinggalah Melaka hadir dengan misi bersukan sambil beramal jariah. Ini merupakan edisi kedua kejohanan sepaktakraw yang yuran penyertaan beserta beras sekampit bagi setiap regu. Beras hampir 1 tan berjaya dikumpulkan dan diagihkan ke rumah anak yatim terpilih.

Menariknya kali ini, penyertaan regu veteran mencecah 30 regu! Malah bagi kategori terbuka regu dari USA turut meriahkan kejohanan. Saya sendiri beraksi menentang mereka dan mereka menang 2-0.

2 lokasi dignunakan iaitu Kompleks 3K SS13 dan Dewan Serbaguna SS15. Dewan berhawa dingin di SS13 ini adalah antara aset terbaru MPSJ dalam memberikan kemudahan terbaik kepada penduduk MPSJ.




Lagenda yang masih aktif - Dari kiri Mokhtar Bomba , Rahman Silang ,  Man Ganja dan Jamsari

Antara pengadil yang bertugas

Penyerahan beras kepada wakil MPSJ

Jaguh Kampung vs MBSA

AwanMerah vs Nilampuri 

SUK Perak

Regu MPK

Bersama regu USA

04 August 2016

KFC-Utusan 2016!

Kejohanan sepaktakraw terhebat dengan catatan Malaysia Book Of Record kini kembali lagi! KFC-Utusan 2016 bakal menemui anda pada 29 September hingga 2 Oktober 2016 bertempat di Paroi dan finale akan berlangsung di Kuala Lumpur iaitu di Quill City Mall. Pastinya ini akan mengundang suasana baru dan RTM sekali lagi akan menjadi penyiar TV rasmi kali ini.

Jangan lepaskan peluang menyertai acara gemilang ini. Maklumat kejohanan seperti di poster di bawah.


03 August 2016

Siri Jelajah Gelanggang - Kelab Sepak Takraw Paka



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua Ahli MBR.

Kunjungan seterusnya di bulan Syawal yang mulia masih bersama kelab sepak takraw di dalam daerah negeri Terengganu.Setelah selesai bersama dengan Kelab Sepak Takraw Seberang Takir,kami sempat mengunjungi sebuah lagi kelab sepak takraw di daerah Dungun pula iaitu Kelab Sepak Takraw Paka atau lebih dikenali sebagai SEPAKA.

Barisan Pemain Kelab SEPAKA bersama krew MBR

Kunjungan kami kali ini adalah dari pelawaan seorang ahli dari SEPAKA iaitu saudara Marzuki untuk meminta kami mengunjungi Gelanggang Sepak Takraw Paka yang terletak berhampiran dengan Masjid Hadhari Paka. Gelanggang separa dewan ini amat selesa dan sesuai dijadikan tempat memantapkan latihan serta perlawanan persahabatan jika ada kelab atau pasukan dari luar yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan. 

Ucapan Presiden MBR di perhatikan oleh saudara Marzuki
Kenapa saya tidak menyebut gelanggang ini sesuai untuk menjadi lokasi kejohanan? Ini adalah kerana gelanggang ini hanya satu sahaja disitu,jadi ia tidak sesuai untuk dijadikan venue untuk perlawanan. Kelab sepak Takraw SEPAKA juga mempunyai ramai ahli kelab mereka di sekitar daerah Dungun tidak kira peringkat umur. Pemain - pemain SEPAKA juga ada yang turut beraksi di Liga Sepak Takraw Negeri Terengganu. Terdapat juga beberapa orang pemain dari SEPAKA yang menyertai skuad elit Terengganu manakala beberapa pelapis SEPAKA pula merupakan pemain MSSM Terengganu dan Belia Terengganu.

Pengagihan kasut terpakai kepada pemain yang kurang berkemampuan       
Perlawanan persahabatan di antara pemain pilihan SEPAKA bersama Pasukan Sukma Pahang  
                                                      
                                         Sedikit rangkuman aksi SJG PAKA


Nukilan oleh : Syahmir Ab Rashid (tekong newbis)


Siri Jelajah Gelanggang - Seberang Takir

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua ahli mbr.

Lokasi di bulan syawal yang sempat kami kunjungi untuk meneruskan siri jelajah gelanggang di Negeri Terengganu kali ini adalah di Kg. Seberang Takir. Mendapat pelawaan oleh salah seorang legasi ghani iaitu areef ghani yang turut menemani kami bersama dengan adiknya azir ghani di SJG Seberang Takir.Kami tidak melepaskan peluang untuk ke gelanggang tersebut dimana gelanggang ini melahirkan banyak bakat-bakat muda seterusnya yang sedang mewakili skuad elit Terengganu dan Negara.

Bergambar kenangan sebelum memulakan permainan

Setiba di lokasi,hajat kami terbatas pada sebelah petang waktu itu kerana faktor cuaca yang hujan membataskan perancangan kami dan akan menyambung perancangan kami diwaktu malam.Lalu kami sempat berehat seketika di warung yang berhampiran gelanggang bersama dengan beberapa orang pemain-pemain sepak takraw Kg.Seberang Takir seterusnya yang mewakili Daerah Kuala Nerang dalam Kejohanan Liga Sepak Takraw Negeri Terengganu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya,adakah legasi Ghani merupakan adik bradik kepada bekas apit kanan Negara iaitu Futra Ghani, tetapi legasi Ghani yang dimaksudkan di Kg Seberang Takir adalah tiga beradik yang tidak asing lagi di Kg Seberang Takir iaitu, aref,azri dan haikal ghani yang menjadi sebutan di Kejohanan Sepak Takraw Kfc Utusan serta di kejohanan-kejohanan yang mereka sertai.

Dikesempatan itu juga,kami sempat bertemu dengan seorang bekas apit kanan Terengganu yang tidak asing pada zamannya iaitu En Rosli atau lebih dikenali sebagai Tana yang amat digeruni dengan libasan (short) atas kepala serta kawalan first ball yang baik. beliau juga pernah menjadi jurulatih sepak takraw pasukan universiti sultan zainal abidin UNISZA dan kini hanya membantu mencungkil serta menggilap bakat-bakat baru di Gelanggang Kg.Seberang Takir.

Bersama En Rosli a.k.a Tana.
Terima kasih Kelab Sepak Takraw Kg Seberang Takir diatas cenderahati yang diberikan.


Sedikit aksi rakaman SJG di gelanggang Kg. Seberang Takir


nukilan oleh : syahmir ab rashid ( tekong newbis )