18 August 2016

Sepaktakraw Negeri Perak kini terbela!

Meski saya bukan anak kelahiran Perak, tetapi saya sangat bersyukur pada Allah melihat perkembangan ini. Negeri Perak yang memiliki ramai pemain hebat, beberapa tahun kebelakangan nampak suram kerana persatuan negeri yang hilang punca dan tidak berkesan telah mengakibatkan pemain dari Perak memilih untuk mewakili pasukan lain seperti Pitrajaya, ATM, Kedah dan Pualu Pinang.

Tahun lalu, ketika Bolarotan ke ASTAB dan berpeluang berjumpa dengan YB ADUN, saya melihat Perak bakal keluar dari terowong gelap. Dan hari ini Alhamdulillah, ia jadi kenyataan! Baca kisah ASTAB di link di bawah:

http://www.bolarotan.com/2015/06/akademi-sepaktakraw-batu-kurau-astab.html

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak akhirnya tampil menyelematkan keadaan. Pemain -pemain Perak yang berada di luar negeri di panggil berkhidmat di SUK Perak dan sekaligus, membina regu yang kuat untuk membawa nama Perak. 
 
Paling menggembirakan saya apabila En.Ismi, iaitu individu yang membangunkan ASTAB di angkat sebagai jurulatih mereka dan pada pandangan saya, beliau adalah insan paling layak diangkat ke jawatan itu!

Semalam, berlangsung majlis menandatangai kontrak pemain yang bakal mewakili Perak ke STL! Alangkah manisnya! Inilah cara yang sepatutnya dibuat oleh pasukan negeri dalam menguruskan pemain sepaktakraw. Pemain akan tahu apa haknya dan apa yang perlu diberikan kepada pasukan.

Sesungguhnya say mendoakan langkah baik ini ditiru oleh negeri lain. Selangor umpamanya perlu bangun semula sebagai sebuah pasukan yang disegani. 

Jika SUK Perak boleh lebih ke depan dalam hal ini berbanding Persatuan Sepaktakraw negeri, saya percaya Pejabat SUK negeri lain juga boleh mengikuti jejak sama.

Berikut ialah beberapa gambar yang dikongsikan oleh salah seorang tenaga penting mereka iaitu Ustaz Bunyamin Airil Al Damsyik.

Selamat maju jaya Perak!


 

No comments:

Post a Comment