19 August 2016

Siri Jelajah Gelanggang - Kampung Sijangkang Batu 8

Dalam melaksanakan promosi RedBull Libas 2016, saya sempat ke Kampung Sijangkang Batu 8 untuk Siri Jelajah Gelanggang (SJG). Atas pelawaan apit kiri saya ketika menentang USA di MPSJ Open 2016 yang lalu iaitu Omar Imran, saya bertandang ke gelanggang yang agak 'keras' ini.

Salah seorang yang beraksi di sini ialah Salehudin Ismail atau Cikgu Budin, apit kiri yang tidak perlu diperkenalkan lagi di negara ini. Meski bukan pemain negara tetapi, atas pemerhatian saya beliau antara apit kiri yang prolifik sama ada dalam pertandingan bakat baru atau satu 'state".


Melalui jalan besar dari laluan keluar tol Telok Panglima Garang, simpang ke kanan yang membawa ke kawasan perindustrian Sijangkang, laluan masuk ke kawasan kampung ini agak kecil jika anda menggunakan Waze. Tetapi ia dilegakan dengan pemandangan cantik kampung tersusun ini dan kebetulan musim rambutan masih belum habis. Dapat juga saya merasai rambutan yang manis meski kulitnya masih hijau.

Gelanggang yang beroperasi petang dan malam ini turut digunakan sebagai gelanggang latihan pemain muda yang dikepalai oleh tekong SUKMA Selangor iaitu Fitri. Gabungan pemain muda dan senior di sini dilihat membantu mempercepatkan proses kematangan pemain.

Saksikan rakaman video yang sempat saya siapkan.


No comments:

Post a Comment