03 August 2016

Siri Jelajah Gelanggang - Kelab Sepak Takraw Paka



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua Ahli MBR.

Kunjungan seterusnya di bulan Syawal yang mulia masih bersama kelab sepak takraw di dalam daerah negeri Terengganu.Setelah selesai bersama dengan Kelab Sepak Takraw Seberang Takir,kami sempat mengunjungi sebuah lagi kelab sepak takraw di daerah Dungun pula iaitu Kelab Sepak Takraw Paka atau lebih dikenali sebagai SEPAKA.

Barisan Pemain Kelab SEPAKA bersama krew MBR

Kunjungan kami kali ini adalah dari pelawaan seorang ahli dari SEPAKA iaitu saudara Marzuki untuk meminta kami mengunjungi Gelanggang Sepak Takraw Paka yang terletak berhampiran dengan Masjid Hadhari Paka. Gelanggang separa dewan ini amat selesa dan sesuai dijadikan tempat memantapkan latihan serta perlawanan persahabatan jika ada kelab atau pasukan dari luar yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan. 

Ucapan Presiden MBR di perhatikan oleh saudara Marzuki
Kenapa saya tidak menyebut gelanggang ini sesuai untuk menjadi lokasi kejohanan? Ini adalah kerana gelanggang ini hanya satu sahaja disitu,jadi ia tidak sesuai untuk dijadikan venue untuk perlawanan. Kelab sepak Takraw SEPAKA juga mempunyai ramai ahli kelab mereka di sekitar daerah Dungun tidak kira peringkat umur. Pemain - pemain SEPAKA juga ada yang turut beraksi di Liga Sepak Takraw Negeri Terengganu. Terdapat juga beberapa orang pemain dari SEPAKA yang menyertai skuad elit Terengganu manakala beberapa pelapis SEPAKA pula merupakan pemain MSSM Terengganu dan Belia Terengganu.

Pengagihan kasut terpakai kepada pemain yang kurang berkemampuan       
Perlawanan persahabatan di antara pemain pilihan SEPAKA bersama Pasukan Sukma Pahang  
                                                      
                                         Sedikit rangkuman aksi SJG PAKA


Nukilan oleh : Syahmir Ab Rashid (tekong newbis)


No comments:

Post a Comment