22 August 2016

Siri Jelajah Gelanggang - Promo RedBull Libas 2016 - Kampung Johan Setia

Sudah banyak kali Bolarotan dijemput ke gelanggang Kampung Johan Setia, tapi rezeki membawa saya semalam ke sana bersama RedBull. Syahmir tiba lebih awal untuk mengendalikan mereka bersama Chief (nama truck RedBull) yang dibawa oleh Shahrul. Peserta kali ini terdiri lebih separuh dari mereka yang berusia bawah 25 tahun. Gelanggang yang dilatih oleh En. Roslee ini sememangnya memiliki ramai pemain muda berbakat.








Terletak tidak jauh dari simpang keluar Jalan Kebun dari KESAS, gelanggang ini beroperasi setiap hari seawal 5 petang. 2 gelanggang dengan kedudukan di tepi balai raya membuatkan ia selesa dan mudah menerima orang ramai dalam jumlah besar.

Lokasi ini turut menjadi salah satu Pusat Latihan Daerah dan Pusat Latihan Negeri di Selangor yang turut mempunyai kerjasama dengan MBPJ. Suasana meriah dapat dirasai dan kami turut disambut dengan meehon goreng, rambutan, bubur kacang dan air mata kucing!

Saksikan rakaman yang sempat kami sediakan dan kepad aanda yang masih belum faham format permainan RedBull Libas, sila tonton sampai habis.


No comments:

Post a Comment