03 August 2016

Siri Jelajah Gelanggang - Seberang Takir

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua ahli mbr.

Lokasi di bulan syawal yang sempat kami kunjungi untuk meneruskan siri jelajah gelanggang di Negeri Terengganu kali ini adalah di Kg. Seberang Takir. Mendapat pelawaan oleh salah seorang legasi ghani iaitu areef ghani yang turut menemani kami bersama dengan adiknya azir ghani di SJG Seberang Takir.Kami tidak melepaskan peluang untuk ke gelanggang tersebut dimana gelanggang ini melahirkan banyak bakat-bakat muda seterusnya yang sedang mewakili skuad elit Terengganu dan Negara.

Bergambar kenangan sebelum memulakan permainan

Setiba di lokasi,hajat kami terbatas pada sebelah petang waktu itu kerana faktor cuaca yang hujan membataskan perancangan kami dan akan menyambung perancangan kami diwaktu malam.Lalu kami sempat berehat seketika di warung yang berhampiran gelanggang bersama dengan beberapa orang pemain-pemain sepak takraw Kg.Seberang Takir seterusnya yang mewakili Daerah Kuala Nerang dalam Kejohanan Liga Sepak Takraw Negeri Terengganu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya,adakah legasi Ghani merupakan adik bradik kepada bekas apit kanan Negara iaitu Futra Ghani, tetapi legasi Ghani yang dimaksudkan di Kg Seberang Takir adalah tiga beradik yang tidak asing lagi di Kg Seberang Takir iaitu, aref,azri dan haikal ghani yang menjadi sebutan di Kejohanan Sepak Takraw Kfc Utusan serta di kejohanan-kejohanan yang mereka sertai.

Dikesempatan itu juga,kami sempat bertemu dengan seorang bekas apit kanan Terengganu yang tidak asing pada zamannya iaitu En Rosli atau lebih dikenali sebagai Tana yang amat digeruni dengan libasan (short) atas kepala serta kawalan first ball yang baik. beliau juga pernah menjadi jurulatih sepak takraw pasukan universiti sultan zainal abidin UNISZA dan kini hanya membantu mencungkil serta menggilap bakat-bakat baru di Gelanggang Kg.Seberang Takir.

Bersama En Rosli a.k.a Tana.
Terima kasih Kelab Sepak Takraw Kg Seberang Takir diatas cenderahati yang diberikan.


Sedikit aksi rakaman SJG di gelanggang Kg. Seberang Takir


nukilan oleh : syahmir ab rashid ( tekong newbis )

No comments:

Post a Comment