06 September 2016

Red Bull Libas 2016 Promo - Taman Tasek Tambahan Ampang

Ampang di zaman sekitar 90an dan awal 2000 memiliki ramai pemain sepaktakraw yang terkenal. Majlis Perbandaran Ampang Jaya ketika itu adalah satu nama besar dalam arena sepaktakraw Malaysia. Kemuncaknya juga dapat dilihat apabila pemain dilatih oleh Uncle Ayala yang melahirkan ramai pemain hebat dan disegani. Satu watak yang tidkak boleh dilupakan untuk disebut ialah Matbo Albo. Dan rezeki kami nampaknya dalam siri promosi ini, Matbo Albo turut berada dilokasi!

Sebanyak 9 regu berjaya dibentuk termasuk geng kereta Alza yang kebetulan turut main di kawasan yang memiliki 3 gelanggang ini. Nasib menyebelahi kami apabila hujan berhenti tepat pada masanya.

Terimakasih kepada sahabat saya Lan Biskut dan Ijal kerana sempat menyambut kami dalam susunan yang agak di saat - saat akhir.


Regu naib juara

Pemain terbaik - En. Man

Saksikan rakaman yang sempat kami sediakan untuk anda

 


No comments:

Post a Comment