Melihat dari GPS yang dihantar kepada kami, masing - masing kebingungan. Kami kurang pasti ketepatan Waze untuk membawa kami ke sini. Ini adalah kerana atas kefahaman Alam Megah adalah di Shah Alam, tetapi Waze menyebutnya sebagai Damansara! Selepas beberapa kali diperiksa maka kami bergerak ke lokasi.
Taklimat oleh Syahmir
Sebelum bergasak
Finalis
Naib juara
Juara
Pemain terbaik
Setiba saya ke lokasi, orang ramai sudah mula berkerumun : dari kanak - kanak sampai ke warga emas, dari Melayu ke keturunan Cina, masing - masing tertarik dengan Chief - Land Rover yang diubah suai khusus untuk Red Bull.
7 regu berjaya dibentuk. Kali in lebih istimewa bila Regu RedBull turut hadir. Salah seorang pemainnya ialah pelatih skuad wanita Malaysia kini iaitu Emilia Eva Natasha.
Sepanjang perlawanan, orang ramai tak kira muda dan tua menonton dengan penuh minat. Barangkali ini kali pertama mereka menyaksikan format RedBull Libas dan juga aksi rally panjang yang menarik!
Saksikan rakaman yang kami sediakan!
Main x seberapa tp ulasan dr presiden menjadikan permain setaraf gred A..tiup wisel pn merdu..Apa celop
ReplyDelete