13 September 2016

Siri Jelajah Gelanggang - Promo RedBull Libas 2016 : Pandan Indah

Saya, Syahmir dan Saiful Wakaka Krew terpusing - pusing mencari gelanggang misteri ini. Saya pernah beberapa kali beraksi di Pandan Indah tetapi gelanggang yang saya cari tidak kunjung jumpa. Setelah beberapa kali dibantu dengan panduan tuan rumah menerusi telefin akhirnya saya tiba di sebalik deretan kedai makan di Pandan Indah 9seberang SK Pandan Indah).






Sebahagian besar yang hadir malam itu ialah sahabat lama yang sudah agak lama saya tidak berjumpa. Masing - masing hadir ceria seolah reunion rakan segelanggang. Chief (kereta promosi RedBull) sudah mengambil tempat tetapi beberapa kali disuruh memperlahankan bunyi kerana kedudukan gelanggang yang sangat hampir dengan kediaman dan kebetulan pula ada penggambaran drama lebih kurang 30 meter dari kami. Kami akur, tetapi ia tidak sedikit pun menjejaskan permainan malam itu.

9 regu berjaya dibentuk, itu pun ada yang hadir lewat dan tidak dapat turut serta. Perlawanan dijalankan hebat dan semua ini menzahirkan betapa format RedBull Libas 2016 adalah kaedah permainan sepaktakraw yang sangat cool! Saksikan rakaman di bawah untuk merasainya!


No comments:

Post a Comment