05 November 2016

Siri Jelajah Gelanggang - Precint 18R8

Kalau sebelum ini, Precint 18 Pancarona adalah gelanggang tumpuan pemain sepaktakraw di sekitar Putrjaya, kini tempat baru mereka jauh lebih nyaman!

Bersebelahan dengan Pancarona, adalah sebuah kawasan apartment kakitangan awam dengan nama Precint 18R8. Saya kurang pasti apa itu R8, tetapi lokasinya memang terbaik!

Sebelahnya tasik yang mendamaikan mata memanding, tempat letakk motor dan kereta yang luas dan 2 gelanggang cantik menanti anda. Pemain - pemain di sini juga rata - rata gred A dan B. Sesuai untuk melayan rasa bergasak buat anda yang mungkin ke Putrajaya atas urusan kerja.

Beroperasi setiap hari dari 6pm hingga Maghrib. Sayangnya lampu untuk bergasak di waktu malam masih belum ada.

Saksikan rakaman penuh ini..


No comments:

Post a Comment