13 December 2016

Siri Jelajah Gelanggang - Kg Sri Jaya Pulai

Kebetulan saya berada di Johor Bharu, sempat juga ,menyantuni sahabat - sahabat MBR yang berada di sekitar JB ini. Meski ada banyak gelanggang aktif, tetapi ruang yang ada untuk saya menjelajah agak terhad. Maka, sempat saya ke Kg Sri Jaya yang terletak tidak jauh dari Plaza Angsana. 



Ketibaan saya disambut oleh sahabat MBR yang selama bertahun kami hanya mesra di Facebook iaitu Abdul Rahman Mislan. Di gelanggang ketika itu sudah ada tidak kurang 10 adik - adik dari usia 10 hingga 17 tahun yang nampaknya berminat dengan sepaktakraw tetpai pakaian mereka tidak bersesuaian. Ada yang saya suruh pulang dan tukar pakaian dan beberapa mereka menurutinya.
Sempat saya bermain satu set dengan adik - adik ini yang memanggil saya Abang Botak..seronok melayan keletah mereka.

Seorang - demi seorang mula tiba. Sisiem mata yang digunapakai di gelanggang ini ialah 2 set bagi setiap perlawanan, 21 mata dengan 3 kali servis. Memang puas bergasak tambah pula pemain yang ada tak terlalu ramai dan posisi pula mudah diserasikan.

Rezeki pula malam tadi saya ketemu dengan Spyder - apit kanan yang berbisa dari Sabak Bernam. Telah menyepi dari arena sepaktakraw Lembah Klang lebih kurang 4 tahun kerana kini bermastautin di Johor dan bekerja di Kota Singa. 

Saksikan rangkuman rakaman semalam. Terimakasih sahabat - sahabat MBR yang sudi menerima kehadiran saya.


No comments:

Post a Comment