18 January 2017

Ampang Campuran bergegar lagi!

1 Januari 2017 menyaksikan STAC atau Sepaktakraw Ampang Campuran Club telah sekali lagi menganjurkan kejohanan buat ahli mereka. Kali ini lebih meriah dengan kanopi, makan beralas daun pisang, baju yang hebat, cabutan bertuah serta hadiah menarik kepada pemenang termasuk menyambut ulangtahun kelahiran dan perkahwinan ahli mereka. 

Turut hadir disebelah petang ialah penyanyi popular Mawi dan penyanyi serta bassist kumpulan OJA yang pernah menghiasi industri hiburan Malaysia satu ketika dulu. Pemain  - pemain lama dan baru yang aktif bergasak di gelanggang Ampang Campuran ini diundi dan melalui pusingan liga diperingkat awal sebelum aksi final pada jam 6 petang.







Jelas sekali ukhwah terjalin di antara mereka semakin utuh malah pemain lama yang kini menetap di Melaka iaitu Zaidi turut hadir memeriahkan acara. Pemain veteran seperti Abang Ramli, Abang Karim dan Birch turut memeriahkan suasana.

 















Tahniah kepada semua ahli STAC yang telah berjaya menyuburkan lagi sepaktakraw di Ampang. Semoga aktiviti sebegini akan diteruskan dimasa akan datang


No comments:

Post a Comment