17 January 2017

TRIO IMPIAN PERANGSANG SELANGOR DAERAH GOMBAK

Alhamdulillah, telah berlangsung baik edisi ke-5 Trio Impian Perangsang Selangor daerah Gombak di Kompleks Sukan Hospital Selayang. Program selama 2 hari ini telah menarik lebih 40 peserta dari usia semuda 9 tahun. Turut hadir membantu ialah bekas pemain negara iaitu Zulkarnain Arif dan juga bekas pemain Selangor iaitu Kecik Selayang Airool dan Mat Supian Samad.




Edisi kali ini turut mendapat liputan dari akhbar The Star dan perubahan jadual juga terpaksa dilakukan kerana dewan digunapakai oleh pihak lain di malam hari pertama. Maka Liga Air Di CIncang Takkan Putus (ADTP) dijalankan pada hari Ahad.

Temubual bersama wartawan The Star turut ditemani pegawai dari 
KPSB iaitu Tuan Norazlan


Beberapa pemain berbakat turut dikenalpasti - Tekong berusia 16 tahun Zuhri yang memiliki ketinggian yang sangat baik serta teknik persis tekong negara Syahir Rosdi amat mencuri tumpuan. Pelajar dari Taman Melawati itu dilihat sangat berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.



Keputusan juga telah dicapai di mana Gelanggang JKR Selayang dipilih sebagai Gelanggang Tumpuan bagi daerah Gombak untuk program latihan seterusnya.

Semoga usaha ini membuahkan hasil dalam membangunkan sukan sepaktakraw di Selangor

No comments:

Post a Comment