28 February 2017

Trio Impian Perangsang Selangor - Daerah Sabak Bernam

Akhirnya, Trio Impian Perangsang Selangor melabuhkan tirainya. Lokasi terakhir iaitu di SMK Seri Bedena telah membuatkan Daerah Sabak Bernam semakin teruja untuk mengatur kembali pergerakan sepaktakraw mereka. Seusai program, malam seterusnya telah diadakan pertemuan diantara penggiat di Sabak Bernam bagi mengatur langkah untuk memartabatkan lagi sepaktakraw di daerah ini.


* Lebih foto di link berikut

Seramai hampir 70 orang hadir di Trio Impian kali ini. Dari semuda 9 tahun sehinggalah veteran hampir 60 tahun komited dengan setiap pengisian. Dewan serbaguna SMK Seri Bedena yang baru siap ini juga amat strategik lokasinya dan kemudahan yang tersedia amatlah selesa. Ini ditambah dengan makanan yang disediakan oleh penganjur yang amat pemurah dengan kuantiti serta kualiti yang mengagumkan.

Sabak Bernam yang masih segar dengan pencapaian yang baik untuk MSS Selangor bagi kategori U12 masih bersemangat dengan kehadiran melepasi kuota. Ahli MBR dari Taman Berkat hadir membantu sebagai fasilitator membuatkan semuanya berjalan lancar meski Ketua Jurulatih, Syarudin Nazir tidak dapat hadir kali ini.

Terimakasih kepada Ustaz Ghazali dan Tuan Zul kerana banyak membantu bagi kelancaran program kali ini. Semoga bertemu di edisi akan datang!

 

No comments:

Post a Comment