20 March 2017

MSSM 2017 - Lubuk bakat sepaktakraw Malaysia!

Edisi kali ni adalah edisi ke 59!
Begitulah lamanya kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia telah berlangsung dan menghasilkan beribu - ribu atlit dari pelbagai sukan. Kini, Bolarotan telah diberi peluang oleh MSSM melalui Pallas untuk memberikan liputan eksklusif kepada kejohanan ini.

Kelantan Darul Naim telah dipilih sebagai lokasi tahun ini bagi acara Sepaktakraw. 2 lokasi digunapakai iaitu di Wisma Sukan bagi kategori U18 dan Dewan Badminton USM bagi usia U15 dan U12.

Krew Bolarotan telah memilih untuk membuat liputan di USM untuk hari pertama. Kami tiba di gelanggang dan menyaksikan pasukan yang hadir sangat bersemangat dari awal pagi. Mujur kami mendapat ruang kerja yang selesa. Dibantu pula oleh En. Faridzal dan pasukannya memudahkan urusan kami. Cuma yang sedikit menyekat ialah tahap kelajuan internet.

Antara yang menjadi tumpuan hari ini ialah Syahril, iaitu pemain U15 dari Pulau Pinang yang juga adalah adik kepada Tekong sensasi masakini - Syahir Rosdi. Selain itu adik - adik U12 juga tampil dengan aksi memukau terutama dari Johor, Sabah dan Kedah.



Perlawanan berlanjutan hingga ke malam kerana setiap pertembungan berlangsung sengit dan mengheret ke masa yang panjang.

Saksikan beberapa foto dan video yang sempat kami sediakan untuk anda,
Sebuah page rasmi kejohanan juga telah dibina untuk memudahkan tujuan arkib. Klik di sini





No comments:

Post a Comment