22 March 2017

Pulau Pinang Juara Berganda!

Kejohanan sepaktakraw MSSM 2017 bagi acara berpasukan nampaknya di dominasi oleh pasukan Pulau Pinang. Negeri utara ini menepati ramalan apabila menundukkan musuh tradisi mereka Terengganuu 2-1 dalam pertempuran hampir 4 jam dan membuatkan penonton di dewan mahupun yang menonton siaran langsung tadi berdebar - debar.

Untuk acara U15 pula Perlis yang mencipta kejutan dengan mara ke perlawanan akhir tetapi tumpas 0-2 kepada Pulau Pinang. 

Manakala tuan rumah pula, Kelantan membuktikan bahawa mereka memiliki pelapis berkaliber dengan menundukkan Selangor 2-1 pada kategori U12.

Acara antara regu akan bermula petang ini.

Terimakasih yang tidak terhingga kepada Southern Rubber Works Sdn. Bhd. iaitu pengeluar kasut Pallas Rejam yang sudi menaja semua proses liputan media yang kami sediakan untuk anda.

Terimakasih juga kepada MSSM yang memberi keizinan untuk kami merealisasikan ini semua.
Tahniah kepada pengurus kejohanan dan semua yang terlibat!






































































































No comments:

Post a Comment