17 December 2017

Trio Impian Liga Perangsang Selangor 2017 Daerah Kuala Selangor

Program Trio Impian Liga Perangsang Selangor 2017 meneruskan penjelajahannya. Inisiatif Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ini sememangnya telah berjaya menghangatkan semula sepaktakraw di Selangor khususnya dan menjadi buah mulut peminat sepaktakraw di negeri lain.

Hari ini adalah hari kedua program Trio Impian Liga Perangsang Selangor 2017 Daerah Kuala Selangor yang berlangsung di Sports Arena Pasir Tuntong. Semalam telah berlangsung acara bagi kategori junior dan hari ini 16 regu senior beraksi dalam format liga.



Bagi kategori senior, syarat kelayakan regu ialah seorang pemain veteran berusia 43 tahun ke atas wajib berada di dalam gelanggang. Pemain - pemain veteran yang berjaya dikumpulkan nampaknya cukup ramai dan ini memberikan kami ilham untuk menganjurkan liga veteran di masa akan datang.

Pemain hadir dari serata Kuala Selangor memeriahkan acara kali ini. Amar, dari GETPA selaku Pengarah Program kali ini menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai penganjur bersama ahli jawatankuasanya yang lain.

Edisi kali ini ialah Trio Impian siri ke 6 dan seterusnya ialah Daerah Hulu Langat yang dijangka akan berlangsung pada 13 - 14 Januari 2018.



10 December 2017

MESYUARAT AGONG KALI KE - 3 MBR

Alhamdulillah
Telah selamat berlangsung Mesyuarat Agong Kali ke 3 MBR yang telah dibuat di Bilik Seminar Kompleks Sukan Hospital Selayang pada 2hb Disember 2017 yang lalu. Mesyuarat yang turut dijalankan secara Live Facebook ini dibuat bagi membolehkan ahli MBR dari seluruh dunia turut sama menyaksikan dan mengambil bahagian untuk mengundi pencalonan barisan kepimpinan MR bagi sesi 2018 - 2020.




Berikut ialah barisan kepimpinan terkini hasil dari mesyuarat agong tersebut

Presiden - Mohsen Amdan
Timbalan Presiden - Saiful Azam Mohammed
Setiausaha Agong - Syarudin Mohd Nazir
Penolong S/U - Saiful Adli
Bendahari- Hanif Majid

Manakala, beberapa unit baru ditubuhkan bagi meningkatkan lagi keberkesanan MBR di masa akan datang. 

Unit Kejurulatihan - Awalludin Syah Abdul Wahid
Unit Pembangunan - Abdul Razak Habibul Rahman
Unit Kepengadilan - Mohd Rizal Ramly
Unit Pengendalian Acara - Mohd Fauzi Mohd Nasir
Unit Media & Promosi - Mohd Saad Hassan
Unit Kebajikan - Mohd Khairuddin Zainal Abdul

Turut dilantik ialah beberapa AJK bagi unit - unit di atas dan juga Ketua Kabilah MBR bagi setiap negeri.
Senarai nama lengkap akan diumumkan kelak.