17 December 2017

Trio Impian Liga Perangsang Selangor 2017 Daerah Kuala Selangor

Program Trio Impian Liga Perangsang Selangor 2017 meneruskan penjelajahannya. Inisiatif Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ini sememangnya telah berjaya menghangatkan semula sepaktakraw di Selangor khususnya dan menjadi buah mulut peminat sepaktakraw di negeri lain.

Hari ini adalah hari kedua program Trio Impian Liga Perangsang Selangor 2017 Daerah Kuala Selangor yang berlangsung di Sports Arena Pasir Tuntong. Semalam telah berlangsung acara bagi kategori junior dan hari ini 16 regu senior beraksi dalam format liga.



Bagi kategori senior, syarat kelayakan regu ialah seorang pemain veteran berusia 43 tahun ke atas wajib berada di dalam gelanggang. Pemain - pemain veteran yang berjaya dikumpulkan nampaknya cukup ramai dan ini memberikan kami ilham untuk menganjurkan liga veteran di masa akan datang.

Pemain hadir dari serata Kuala Selangor memeriahkan acara kali ini. Amar, dari GETPA selaku Pengarah Program kali ini menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai penganjur bersama ahli jawatankuasanya yang lain.

Edisi kali ini ialah Trio Impian siri ke 6 dan seterusnya ialah Daerah Hulu Langat yang dijangka akan berlangsung pada 13 - 14 Januari 2018.



No comments:

Post a Comment