02 January 2018

Kursus Asas Kepengadilan MBR 2017

Alhamdulillah, penamat 2017 berjaya disudahi dengan MBR menganjurkan kursus pengadil yang tertangguh agak lama. Ini merupakan siri ketiga kursus pengadil MBR dan kali ini acara berlangsung dengan lebih lancar hasil dari bantuan dana Penggerak Belia Tempatan Zon 7 Majlis Perbandaran Kajang.


Berlangsung pada 31 Disember 2017 sejak 9 pagi, program yang dikendalikan perjalanannya oleh ahli - ahli MBR di Taman Impian Ehsan khususnya oleh Eddie Jr. a.k.a Jambu dan Taiko Balakong ini telah dibuka majlisnya oleh mantan ketua unit pengadilan MBR iaitu Bro Joy. Sesi berikutnya dikendalikan oleh Setiausaha Agong MBR iaitu Cikgu Din berkaitan aspek perundangan dan peraturan permainan. Sesi seterusnya pula disambung oleh Man Tebang / Man Jalut yang juga merupaka Marshall Kejohanan Sepaktakraw Utusan yang lebih memberikan penekanan mengenai aspek teknikal kepengadilan.






Sesi petang pula, mini tournament dijalankan bagi memberikan peserta pengalaman sebenar perjalanan kejohanan. Seramai 18 orang yang  terlibat kali ini dan mereka akan melalui sesi praktikum sebelum layak diangkat sebagai pengadil rasmi MBR di mana praktikum akan berlangsung di UPM pada 13 Januari 2018 nanti.

Semoga program sebegini akan dapat diteruskan di masa akan datang dan lebih ramai lagi pengadil dapat dihasilkan bagi menampung permintaan kejohanan yang mendadak naik jumlahnya.










Terimakasih kepada semua yang terlibat dan selamat maju jaya!

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan,

    Saya mahu bertanye berkenaan dengan servis. Adakah batal jika tekong mengalih kaki kirinya ketika servis. ade undang2 menyatakan tekong tidak boleh mengangkat kaki kiri ketika servis. Mintak BolaRotan beri pencerahan.
    Dan boleh lah kirenya Bolarotan membuat entri baru berkenaan undang2 terbaru Sepak Takraw

    ReplyDelete