29 July 2018

Apa lagi yang perlu kita usahakan?



Melihat kepada tahap pemain muda sepaktakraw Thailand, saya terfikir tentang hal - hal yang berikut:
1. Adakah kita tak berusaha lebih kuat atau mereka yang menggandakan usaha meskipun mereka tidak tercabar sejak sekian lama?
2. Bagaimana mereka menerapkan disiplin tinggi dikalangan atlit mereka tak kira muda atau tua?
3. Adakah sistem di Malaysia yang mengakibatkan tahap persembahan atlit kita ‘stagnant’?
4. Adakah atlit Thailand bersungguh - sungguh kerana imbuhan atau nilai pencapaian?
5. Bagaimana mereka memastikan tahap motivasi atlit sentiasa ditahap tinggi?
Dan banyak lagi sebenarnya..
Lihatlah betapa tinggi libasan pemain versatil mereka - Phutawan...


Saya tak rasa ada mana - mana pemain sepaktakraw lain di dunia ketika mampu bersaing dengan dia di udara jika begitulah aksi beliau.

20 July 2018

10th Asean Schools Games 2018 - Berlangsung esok!

Bermula pada 21 Julai 2018, di Kompleks sukan UITM Shah Alam,  akan berlangsung acara sepaktakraw paling berprestij di dunia bagi kategori bawah 18 tahun iaitu Kejohanan Sekolah Asean. Giliran Malaysia menjadi tuan rumah kali ini pastinya mengundang harapan tinggi buat peminat tanahair.

Putra Ghani dan Cikgu Remy diberi mandat kali ini untuk mengemudi pasukan yang dilihat antara yang terkuat selepas 2015. Kali ini turut memperlihatkan barisan pemain Malaysia yang hadir dari pelbagai negeri dan antara sandaran kuat Malaysia kali ini ialah tekong - tekong yang bervariasi.




Putra Ghani yang ditemubual oleh Syarudin Nazir sejurus majlis pelancaran kejohanan yang disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia di Dewan UITM membayangkan keyakinan untuk membawa pulang kejuaraan kali ni dengan sentimen semangat tuan rumah yang membara.

Perlawanan yang akan bermula pada jam 9 pagi esok bakal menyaksikan bakat - bakat baru seluruh Asean dan peluang ini turut disuburkan dengan langkah besar penyedia peralatan sepaktakraw terunggul negara iaitu Gajah Mas. Selaku penaja peralatan, Gajah Mas turut bertindak selaku penaja media dan ini membolehkan kejohanan kali ini disaksikan oleh peminat diseluruh dunia yang dibawakan secara langsung di laman Facebook GajahMas.

Klik di sini