03 September 2018

Sports For All - Sepaktakraw vs Obesiti Daerah Gombak di UIAM

1 September 2018
Kompleks Sukan Lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia



Program Sports For All : Sepaktakraw vs Obesiti tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dengan kerjasama Bolarotan kini memasuki edisi kedua. Seramai 138 orang terlibat dalam inisiatif kali ini di mana peserta dari luar Selangor turut hadir seperti dari Raub Pahang, Kampung Gajah Perak dan Banda Kaba Melaka. 

Gimik perasmian program oleh En. Mohd Hazeezy Harith dari 
Sports Development Center IIUM

Program kali mengumpulkan penggiat sepaktakraw yang memiliki BMI di tahap obes dan membenarkan seorang pemain tidak obes terlibat bagi mengisi posisi selain Killer / Spiker. Ini bertujuan membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat terlibat meskipun tema obesiti digunapakai. Malah, program ini turut menarik beberapa bekas pemain negara seperti Shahidan Ali dan Mukhlis untuk beraksi selain nama - nama besar seperti Farid Abdul Aziz, Engku Syazwan Engku Halim, Mohd Khaizir Bro M dan lain  - lain lagi.




Selain itu, program ini juga berjaya mengumpulkan alumni pasukan sepaktakraw UIAM yang kebanyakannya sudah berbelas tahun tidak bermain sepaktakraw dan ini juga satu simbolik kerjasama di antara Bolarotan dan UIAM dalam menjadikan UIAM sebagai satu lagi hub pembangunan sepaktakraw di negeri Selangor.



Sebanyak 30 regu telah bersaing secara liga 10 kumpulan dan juara kali ini menjadi milik regu Acap Stokin , iaitu satu - satunya penjual stokin khas untuk sepaktakraw. Perlawanan akhir mereka menentang regu Ketuk - Ketuk Cafe tidak dijalankan kerana regu Ketuk - Ketuk Cafe menarik diri atas kecederaan pemain mereka ketika pertembungan diperingkat suku akhir.


Perlawanan persahabatan pasukan Ex - IIUM menentang MBR pula berkesudahan dengan MBR menang 4-1 dan membawa pulang trofi MESUMA CUP CHALLENGE yang ditaja oleh pengedar peralatan sukan MESUMA Sdn Bhd. Turut hadir beraksi bagi pasukan Ex- IIUM ialah Pengurus pasukan bolasepak PKNS FC iaitu En. Mahfizul Rusydin Abdul Rashid yang beraksi di posisi apit kanan.

Usaha Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ini dilihat satu usaha yang berjaya bagi menggalakkan rakyat Selangor khsusunya untuk aktif bersukan dan menjalani gaya hidup yang sihat. Tahniah diucapkan kepada KPSB.

3 comments:

  1. Salam tuan dan cik...saya amat berminat dengan pasukan dan sukan sepak takraw...saya ingin menyertai sukan sepak takraw...harap tuan dan cik boleh pertimbangkan...ini nomber fon saya...0193692273 celcom...01151467166 digi

    ReplyDelete