30 December 2018

Program Sports For All Kumpulan Perangsang Selangor Berhad - Sepaktakraw vs Obesiti Daerah Petaling

23 Disember 2018
Dewan Akasia MBSA U12



Program kempen kesihatan menerusi sepaktakraw yang ditaja oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB) dan dikendalikan oleh Masyarakat Bolarotan memasuki edisi ke 8 iaitu di Daerah Petaling. Bertempat di Dewan AKASIA MBSA U12, progrsm kali ini memberikan tumpuan kepada kakitangan syarikat korporat dan swasta sahaja. Kumpulan sasar in dihalakan kerana mereka juga perlu diberikan kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup sihat terutama ke atas usaha menentang obesiti.

Pasukan POS Malaysia

Taklimat program

PROLINTAS, KWSP. NESTLE, POS Malaysia, NAZA Motor , Maybank dan Panasonic adalah di antara jenama besar yang terlibat dalam program kali ni. Selain itu, 2 regu remaja yang di taja oleh syarikat korporat turut menyertai program ini. Seramai 45 orang terlibat sebagai peserta dan ada yang datang jauh dari Kuala Selangor semata - mata untuk merasai sendiri pengisian program yang unik ini.






Taklimat program disampaikan sendiri oleh Presiden MBR iaitu En. Mohsen Amdan dan selepas pengisian berkaitan obesiti, peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan untuk bersaing secara liga.

Setiap mereka yang terlibat merupakan kakitangan sah syarikat korporat berkenaan dan mereka hadir dengan pelbagai kapasiti malah, kakitangan NESTLE yang menyertai turut mengakui bahawa peluang sebegini amat jarang diperoleh. IN membayangkan betapa kempen kesihatan atas nama sukan perlu terus digalakkan dari semasa ke semasa.




Perlawananakhir menemukan regu PROLINTAS menentang NAZA Motor dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh penyelaras program iaitu En. Hasnol Hisham Hashim. Pasukan PROLINTAS muncul juara bagi program ini.






Program Sports For All Kumpulan Perangsang Selangor Berhad : Sepaktakraw vs Obesiti Daerah Sabak Bernam

16 Disember 2018
SMK Seri Bedena SabakBernam



Siri program Sports For All tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad melalui sepaktakraw iaitu Sepaktakraw vs Obesiti memasuki edisi ke 7 yang berlangsung di SMK Seri Bedena Sabak Bernam. Program kendalian Masyarakat Bolarotan dengan kerjasama Persatuan Sepaktakraw Sabak Bernam ini telah mencapai matlamatnya iaitu menyebarkan kepentingan menentang obesiti.


Program kali ini berjaya menarik 30 orang yang hadir dari sekitar Sabak Bernam dan format kali ini menetapkan bahawa seorang dari setiap pemain yang beraksi mestilah memiliki BMI di tahap overweight atau obes. Ini sekaligus menarik minat mereka yang telah lama meninggalkan sepaktakraw kembali beraksi semula.





Program dimulakan dengan ucapan dari penyelaras program iaitu En. Hasnol Hisham Hashim dan di rasmikan oleh Presiden Persatuan Sepaktakraw Sabak Bernam iaitu En, Ghazali.




Selepas taklimat berkaitan obesiti disampaikan, 30 orang peserta ini membentuk regu dan bersaing menerusi format liga 3 kumpulan. Program yang bermula pada jam 9 pagi ini berakhir pada jam 4 petang. Hadiah di sampaikan oleh En. Hasnol kepada pemenang.





05 December 2018

Program Sports For All - Sepaktakraw vs Obesiti Daerah Kuala Langat


Lubuk bakat sepaktakraw Orang Asli di Kuala Langat
17 November 2018

Kampung Orang Asli Kolam Air Bangkong
Oleh : Mohsen Amdan



Sukan sepaktakraw bukanlah sesuatu yang asing bagi Orang Asli di Malaysia. Ramai bakat yang sebenarnya wajar diketengahkan tetapi masih  tenggelam disebalik pelbagai peluang terhidang. Justeru menerusi  program Sports For All tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang dikendalikan oleh Bolarotan, satu program kesedaran kesihatan menerusi sukan iaitu Sepaktakraw vs Obesiti telah dijalankan di daerah Kuala Langat.
Idea mengadakan program ini terhasil apabila sebuah video aksi seorang kanak – kanak orang asli berusia 7 tahun melakukan libasan gulung mendapat lebih 1 juta tontonan di media sosial yang membuatkan penganjur merasakan pasti terdapat lebih ramai bakat dikalangan mereka.





Bertempat di Kampung Orang Asli Kolam Air Bangkong, seramai 120 orang dari pelbagai peringkat usia terlibat dalam program yang berlangsung pada 17 November 2018 yang lalu. Rata  - rata orang asli dari suku Temuan ini hadir dari pelbagai lokasi sama ada dari kampung berdekatan malah, ada yang datang dari Johol Negeri Sembilan. Program julung – julung kali mengumpulkan bakat sepaktakraw dikalangan orang asli ini mendapat sambutan hebat dan banyak bakat yang dikesan kebanyakannya berusia sekitar 13 sehingga 21 tahun.
Program ini dirasmikan oleh En. Sadiman iaitu pegawai khas kepada YB Adhif Syan Abdullah iaitu ADUN Dengkil.



Menurut Mohamad Azni Bidin, sebagai orang asli, peluang berkumpul dan bersukan sebegini adalah satu program yang bagus bagi mengukuhkan jalinan ukhwah sesama mereka. Malah menurut beliau, sudah tiba masanya bakat – bakat dari kalangan Orang Asli diberi peluang ke pentas yang lebih besar dan merek ajuga yakin mampu menyumbangkan pingat kepada Negara.



Inisiatif dari Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Bolarotan ini merupakan satu bentuk penggalakkan agar rakyat menjalani gaya hidup sihat menerusi sukan dan obesiti adalah antara isu kesihatan besar yang melanda Negara. Maka diharapkan dari program ini kelak, sepaktakraw boleh dijadikan salah satu pilihan untuk rakyat kekal aktif bersukan dan menjalani gaya hidup yang lebih sihat.