30 December 2018

Program Sports For All Kumpulan Perangsang Selangor Berhad : Sepaktakraw vs Obesiti Daerah Sabak Bernam

16 Disember 2018
SMK Seri Bedena SabakBernam



Siri program Sports For All tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad melalui sepaktakraw iaitu Sepaktakraw vs Obesiti memasuki edisi ke 7 yang berlangsung di SMK Seri Bedena Sabak Bernam. Program kendalian Masyarakat Bolarotan dengan kerjasama Persatuan Sepaktakraw Sabak Bernam ini telah mencapai matlamatnya iaitu menyebarkan kepentingan menentang obesiti.


Program kali ini berjaya menarik 30 orang yang hadir dari sekitar Sabak Bernam dan format kali ini menetapkan bahawa seorang dari setiap pemain yang beraksi mestilah memiliki BMI di tahap overweight atau obes. Ini sekaligus menarik minat mereka yang telah lama meninggalkan sepaktakraw kembali beraksi semula.





Program dimulakan dengan ucapan dari penyelaras program iaitu En. Hasnol Hisham Hashim dan di rasmikan oleh Presiden Persatuan Sepaktakraw Sabak Bernam iaitu En, Ghazali.




Selepas taklimat berkaitan obesiti disampaikan, 30 orang peserta ini membentuk regu dan bersaing menerusi format liga 3 kumpulan. Program yang bermula pada jam 9 pagi ini berakhir pada jam 4 petang. Hadiah di sampaikan oleh En. Hasnol kepada pemenang.





No comments:

Post a Comment