29 January 2019

Program Sports For All - Sepaktakraw vs Obesiti Daerah Kuala Selangor

19 Disember 2019
Dataran Tanjong Karang


Siri ke 9 Program Sports For All tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad berlangsung di Dataran Tanjong Karang di mana ia merupakan program terakhir dalam siri kempen kesihatan Sepaktakraw vs Obesiti. Untuk edisi ini, seramai 103 telah menyertainya dengan 30 regu berdaftar. Daerah Kuala Selangor merupakan antara daerah yang besar dalam negeri Selangor sememangnya memiliki banyak gelanggang aktif yang membolehkan penggiat sepaktakraw aktif dengan pelbagai acara.


En. Faiq Farhan yang juga kakitangan Majlis Daerah Kuala Selangor berkata, usaha sebegini sememangnya membantu penggalakkan menarik masyarakat melalui gaya hidup sihat. Ramai pemain sepaktakraw yang dibelenggu jadual hidup yang padat mengakibatkan mereka hilang minat untuk bersukan. Maka dengan ada nya program sebegini, mereka rasa teruja untuk kembali ke gelanggang.

Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor iaitu Puan Musyrifah Elias. Beliau turut menyatakan rasa teruja melihat sambutan hangat bagi program ini.


Program yang bermula pada jam 9 pagi ini ditamatkan pada 7 petang dengan perlawanan akhir yang menemukan regu Parit 14 menentang DEMTAC. Regu DEMTAC muncul juara dengan kemenangan 2-0. Hadiah disampaikan oleh Presiden MBR iaitu Mohsen Amdan. 

Klik di sini untuk melihat foto program di Facebook Page kami.