27 February 2019

LIGA SEPAKTAKRAW NASIONAL MENCETUS REVOLUSI


23 Februari 2019 Putrajaya
Atas kerjasama selama 8 tahun di antara Kumpulan Utusan Malaysia dan Bolarotan menerusi program Kejohanan Sepaktakraw Utusan, Liga Sepaktakraw Nasional atau LSN dizahirkan di mana kejohanan sepaktakraw berbentuk liga penuh selama hampir 3 bulan dijalankan dengan 12 pasukan negeri bertanding. LSN bermula pada 23 Februari 2019 dan dijangka tamat pada 4 Mei 2019.


Bertempat di Gelanggang Sepaktakraw Precint 18R8, Kelab Masyarakat Bolarotan (Bolarotan) berjaya mengumpulkan 12 negeri dari seluruh Malaysia untuk membariskan pemain berusia 35 tahun ke bawah dan berstatus amatur untuk bersaing merebut kejuaraan sulung LSN 2019. LSN 2019 turut dijayakan dengan kerjasama Kelab Sepaktakraw Putrajaya Precint 18 atau KESTAR yang juga merupakan ahli gabungan Persatuan Sepaktakraw Putrajaya.



LSN merupakan satu revolusi kerana beberapa ciri unik diperkenalkan antaranya:

1.    Liga ini dibiayai sepenuhnya oleh Bolarotan dengan menggunakan kekuatan ahli dalam pelbagai bentuk sumbangan di mana sehingga kini, ahli Bolarotan mencecah lebih 31000 di seluruh Malaysia.
2.    Setiap pasukan diberikan dana pengurusan bagi setiap hari pertandingan dan hasil jualan produk LSN seperti jersi dan t-shirt diserahkan kepada negeri masing – masing untuk memperkukuhkan lagi dana pengurusan pasukan.
3.    Hanya pemain amatur berusia 35 tahun ke bawah dibenarkan beraksi mewakili negeri kelahiran mereka sebagaimana tercatat di kad pengenalan masing – masing kecuali pasukan Putrajaya yang diiktiraf kelayakan pemain berdasarkan pas pekerja di Putrajaya sahaja.
4.    Sistem permainan yang menggunakan masa 20 minit bagi setiap pusingan. Perlawanan dijalankan dalam 2 pusingan dan mata hanya diperolehi sekiranya pemain yang melakukan servis sebagaiman yang dipraktikkan di era kegemilangan Malaysia dalam sukan ini satu ketika dulu.
5.    Tiada mata penamat sebaliknya, pasukan yang mendahului mata setelah tamat 40 minit akan dikira sebagai pemenang perlawanan.


En. Mohsen Amdan , selaku Presiden Bolarotan berkata, sistem baru ini diharapkan mendapat perhatian dari pihak ISTAF bagi membantu penganjuran Sukan Asia, Sukan SEA dan Piala Dunia Istaf dengan lebih baik kerana dengan tempoh masa yang tetap, Ini bakal memudahkan pengurusan siaran langsung dan proses media yang lain sekaligus akan mudah menarik penaja mengukur kejayaan pelaburan mereka menerusi pengiklanan.
Hanya pasukan Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Labuan tidak menyertai edisi sulung ini kerana kuota hanya terbuka kepada 12 pasukan saja dan pengesahan penyertaan berlaku secara ‘siapa cepat dia dapat’.



Perlawanan pembukaan menemukan pasukan Kuala Lumpur bertemu Johor dengan berkesudahan Kuala Lumpur menang dengan mata 34 – 18.
LSN disiarkan secara langsung di Facebook Page Liga Sepaktakraw Nasional, Instagram bolarotan_media dan Bolarotan TV dan LigaSepaktakrawNasionalTV di Youtube.





No comments:

Post a Comment