09 March 2019

Ippy pemain terbaik minggu pertama LSN 2019


Apit kanan pasukan Selangor, Khairul Hafifi Tajuddin atau lebih dikenali sebagi ippy, dipilih sebagai pemain terbaik minggu pertama bagi Liga Sepaktakraw Nasional 2019 (LSN 2019) yang berlangsung pada 23 dan 24 Februari 2019 yang lalu. Beraksi cemerlang ketika menentang Pulau Pinang pada perlawana  pembukaan dan turut konsisten menentang Putrajaya, panel pemilih seramai 11 orang secara majoriti memilih pemain dari Klang ini menewaskan adik kepada tekong nombor satu Negara Syahir Rosdi iaitu Syahril Rosdi berusia 17 tahun yang beraksi untuk pasukan Pulau Pinang.






Libasan kemas dan hadangan yang tepat membuatkan Ippy memikat penilaian juri dengan permainan hampir sempurna di mana semua libasannya berjaya mematikan bola dengan baik.

Minggu ini, laluan Selangor dijangka berliku kerana bakal bertemu dengan pasukan ditangga kedua carta LSN 2019 iaitu Kelantan yang turut mempamer prestasi hebat dengan  membenam Kedah 34 – 4 pada saingan pembukaan.


Pahang berada ditangga teratas carta setakat ini dengan kemenangan ke atas Sabah dan Putrajaya minggu lalu bakal berdepan Pulau Pinang yang akan menurunkan 2 pemain baru dan Putrajaya pada hari Ahad nanti.


Kedah dikhabarkan membuat rombakan pemain dengan kemasukan beberapa pemain ternama dari Kulim. Kedah akan jirannya Perak pada hari Sabtu dan Selangor pada hari Ahad.

Orang ramai dijemput menyaksikan perlawanan di Gelanggang Sepaktakraw Precint 18R8 Putrajaya. Perlawanan bermula pada jam 2.00 petang pada hari Sabtu ini dan 10 pagi pada hari Ahad. Siaran langsung, rakaman dan maklumat lanjut berkenaan LSN 2019 boleh di dapati di Facebook Page Liga Sepaktakraw Nasional atau di laman web www.bolarotan.com

1 comment: