18 March 2019

Kelantan masih mendahului carta LSN 2019 pada minggu kedua!

Meski diambil tindakan tatatertib oleh Urusetia LSN atas kesilapan penyenaraian pemain, pasukan Kelantan masih kekal mendahului carta Liga Sepaktakraw Nasional (LSN 2019) dengan 10 mata. Insiden kemasukan lebih dari 5 pemain ketika aksi menentang Sarawak minggu lalu mengakibatkan pasukan Kelantan diambil tindakan seperti berikut :

1. Pemotongan perolehan 18 mata di mana semua mata yang dihasilkan oleh pemain gantian ketika itu yang melanggar syarat tidak diambil kira. Ini menyebabkan Kelantan yang sebelum ini mempunyai Beza Skor 85 turun kepada 67 sahaja.

2. Penolakan 2 mata dari jumlah sebenar yang menyebabkan Kelantan sebelum ini memiliki 12 mata dan kini hanya berbaki 10 sahaja.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira perlbagai faktor dan juga setelah rayuan rasmi dibuat oleh Kelantan kepada urusetia.

Zuhri tekong tinggi lampai Kuala Lumpur yang mencuri tumpuan penonton dengan servis padu dan ketinggian beliau

Sementara itu persaingan semakin hangat apabila pasukan Pahang dikhabarkan akan kehilangan apit kanan sensasi mereka iaitu Aidil yang sah akan melapor diri ke Angkatan Tentera Malaysia minggu ini. Malah tekong utama mereka Aliff juga khabarnya tidak dapat beraksi kerana terlibat dalam satu kejohanan lain.

Epit, apit kiri sensasi Melaka menjadi bualan peminat dengan kepimpinan yang ditunjukkannya di dalam gelanggang

Pasukan Perak pula semakin serasi pemainannya dengan aksi hebat Azlee , apit kanan tinggi lampai yang memiliki teknik balingan unik menundukkan Kedah minggu lalu. Manakala Pulau Pinang pula menampilkan tekong sensasi Kejohanan Sekolah Sukan Asean - Faisal pada minggu lalu dijangka meneruskna rentak kemenangan sekiranya gandingan mereka dikekalkan.

Tekong Sarawak yang mula membawa perubahan dalam prestasi pasukan Bumi Kenyalang kali ini.


Pasukan Kedah berada di tangga tercorot liga buat masa ini diharapkan mampu bangkit mencari kemenangan pertama sebagaimana yang telah dikecapi oleh Sarawak minggu lalu. Pemain - pemain utama dari Kulim Kedah masih belum hadir ke LSN atas sebab yang tidak dapat dipastikan.


1 comment: